 |
| Standee Watak yang sebesar manusia >.< aku nak ni! |
 |
| Kotak Pizza yang dipenuhi Armada Kancolle >.< |
 |
| Kedai Pizza Hut yang dihiasi gadis Kancolle |
 |
Skuter Penghantaran yang bertemakan Kancolle |
 |
Pemegang fail yang akan mencairkan hati anda bagaikan keju huhuhu
|
Kepopuleran Kantai Collection yang begitu hebat dan hangat telah menyebabkan syarikat "Pizza Hut" merekrut armada yang dipenuhi gadis comel untuk menghantar pizzanya kepada laksamana. Kempen ini dinamakan "Pizza Hut Hakuchi Teitoku Hokyuu Sakusen - Pizza wo Hokyuu Shite Hoshuu o Kakutokuseyo!" bermaksud ( Operasi Penghantaran Bekalan Laksamana -Mengisi Bekalan Pizza dan Dapatkan Ganjaran!). Kempen ini akan bermula pada tarikh 23 Feb 2015 - 5 April 2015.
(Biasalah mesti tidak merangkumi Malaysia cis !)
Semasa Kempen dijalankan sesiapa yang membeli Pizza yang bersaiz "Medium" akan mendapat hadiah pemegang fail dan kotak pizza yang berhiaskan Gadis Kancolle. Kepada sesiapa yang membuat pesanan dari internet akan berpeluang untuk memenangi hadiah "Standee Watak" yang sebesar saiz manusia dan juga poster yang ditandatangani.
Untuk menambah kemeriahan Kempen ini pihak Pizza Hut di Jepun Tokyo telah pun menyediakan 6 Skuter yang berhiaskan seni Kancolle. (Kenapalah kempen begini tidak terdapat di Malaysia haiz.)