Kepada sesiapa yang tidak tahu apa itu "Kantai Collection" atau dikenali sebagai kata singkat "Kancolle". Kantai Collection adalah sebuah permainan video laman sesawang yang dibikin oleh syarikat "Diomédia" dimana pemain bermain sebagai laksamana yang mengatur dan mengawal sekumpulan armada kapal dimana Gadis adalah kapal yang bermodel kapal perang dan kapal selam zaman perang dunia ke-2 (macam ni pun boleh ke -_-"). Selain daripada itu pemain kenalah mengalahkan musuh yang dikenali sebagai "Abyssals"(cam kapal hantu atau raksasa la konon).
Jadi makin banyak yang kau main lebih banyak Gadis kapal yang comel dan kuat untuk digunalah haha.
Kerana game ni begitu popular jadi pihak Diomédia bersetuju untuk membikinya menjadi anime dan telah pun menjadi sebuah anime yang feymes hehe
Ringkasan Anime: Pada suatu hari tiba tiba sekumpulan "Abyssals" muncul dari laut dan memulakan serangan ke atas muka bumi. Pada masa inilah sekumpulan Gadis Kapal muncul untuk mempertahankan dunia! (sorrylah bukan superman plak yang tolong haha.)
Jadi saksikanlah kecomelan dan kecantikan gadis kapal menyelamatkan dunia. opps! sepatutnya kehebatan dan kemuliaan gadis kapal haha. Tapi agak unik jugalah "Kancolle" ni sebab ada berbagai jenis bentuk kapal yang direka dengan campuran kapal dan gadis.
Jumlah Penilaian: 8/10
Jalan Cerita: 5/10
Kesenian: 8/10
Progres: Masih belum lengkap
Pelukis: Banyak sangat malas nak tulis haha
Pengarang: Tidak Diketahui
Mengandungi Unsur Lucah: Ya
Mengandungi Unsur: Lawak, Harem, Berlawan, Pertempuran, Perjuangan
Trailer Permainan Video:


