Saturday, February 28, 2015

[Heroes of the Storm]Dunia Diablo,Startcraft dan Warcraft Bertemu!


Pernahkah anda terfikir bagaimanakah dunia yang menghubungkan karakter feymes dunia Diablo, Starcraft dan Warcraft.

Tidak perlu meneka lagi kini syarikat permainana video "Blizzard Entertaiment" telahpun melancarkan permainan video bertajuk "Heroes of the Storm" sebelum ini dikenali "Blizzard  Dota"

game ini direka cipta mengunakan konsep MOBA(Mutliplayer Online Battle Arena), Kepada sesiapa yang tidak tahu apa itu "MOBA" ia adalah permainan video yang berbentuk seperti DOTA, League Of Legends dan Heroes of Newerth. Konsep permainan MOBA memerlukan 10 orang pemain yang dibahagikan kepada 2 kumpulan dan bertermpur di gelanggang yang mengandungi 3 lorong jalan, Hutan Belukar yang mempunyai raksasa untuk pemain menaik taraf dan satu raksasa "Boss" yang memberi lebih banyak faedah selepas menewaskannya. Pemain-pemain juga boleh memilih wira-wira yang disediakan di dalam permainan untuk digunakan didalam pertempuran dengan kemahiran atau magik unik dan khas tersendiri. Kedua-dua kumpulan dihendaki memusnahkan satu objek utama untuk menang. Pemain juga perlu membunuh wira karakter lawan dan raksasa untuk mendapatkan wang juga dikenali sebagai "Gold" untuk membeli senajata, alat-alat dan perisai yang lebih kuat yang memberi pengaruh yang besar untuk memenangi pertempuran.

Biasanya kesemua permainan video MOBA adalah F2P(Free-to-Play) iaitu player tidak perlu membayar untuk membeli permainan video tersebut dan tidak mengenakan sebarang yuran bulanan seperti permainan MMORPG (Multiplayer Online Role Playing Game). "Heroes of the Storm" juga adalah sebuah permainan video F2P(Free-to-Play).





Dalam beberapa tahun ini semakin banyak game berbentuk MOBA dikeluarkan dan pada pendapat saya ia mula membosankan kerana hampir kesemuanya seperti salinan dari game DOTA yang begitu feymes dan tidak mempunyai idea atau keunikannya tersendiri. Dan secara jujur apabila saya menjumpai sebuah permainan video berbentuk MOBA saya tidak akan menaruh minat atau harapan yang tinggi dan biasanya saya tidak akan main lagi selepas mencubanya untuk 3 hari.

Tetapi pada pendapat saya selepas kemunculan "Heroes of the Storm(HotS)" ini saya berasa permainan berbentuk MOBA kini diberikan nafas baru.

Selepas mencubanya untuk 3 hari saya berasa ia adalah berbeza dan mempunyai keunikannya tersendiri. Antara keunikannya adalalah kesemua karakter wira pemain adalah menggunakan sistem berkongsi level dan exp. Jadi semua wira pemain yang berada di dalam kumpulan yang sama adalah sama rata dan tidak mempunyai masalah yang seperti satu Karakter wira boleh menyapu atau membunuh kesemua pihak musuh. Sistem ini juga membuatkan setiap orang pemain memainkan peranan yang penting dan tidak hanya fokus kepada satu orang sahaja. Jadi "HotS" ini memerlukan kerjasama setiap pemain.

Permainan "HotS" tidak mempunyai sistem yang memerlukan pemain-pemain mengumpul dan memburu wang(Gold). Kerana didalam "HotS" ia tidak mempunyai kedai yang menjual Senjata, Perisai dan lain lain. Selain itu pihak Blizzard telah menukarkan konsep Raksasa yang berada di dalam hutan belukar, biasanya pemain menewaskannya untuk mendapatkan XP atau Gold tetapi tidak di dalam "HotS". Selepas menewaskan raksasa yang berada di Hutan Belukar pemain akan menukarkan raksasa yang ditewaskan kepada teman sendiri dan mereka akan melancarkan serangan kepada pihak musuh yang mempunyai kuasa perosak yang kuat  terhadap Bagunan sekiranya tidak dihapuskan oleh pihak musuh ia boleh memberikan impak yang besar terhadap kemenangan.

Pihak Blizzard Entertaiment juga menambah sistem skill baru yang dikenali sebagai "Talent" membolehkan pemain mengubah suai karakter wira yang digunakan dan membuka lebih banyak peranan yang berbeza. Kerana biasanya dalam permainan berbentuk MOBA karakter wira hanya mempunyai 3 peranan yang iaitu (Tank/Dps atau Killer/ Support).



Penerangan Peranan:

• Tank = Bertanggungjawab mengambil serangan dari pihak musuh, biasanya berperanan seperti perisai, mempunyai daya tahan yang tinggi dan susah untuk dibunuh.

• Dps atau Killer = Bertanggunjawab membuat serangan yang kuat terhadap pihak musuh, membunuh musuh dengan cepat, mempunyai daya tahan yang rendah, mempunyai kemahiran yang melepaskan diri,

•Support = Bertanggungjawab menyokong teman-teman dengan kemahiran seperti membuat teman-teman mempunyai kuasa serangan yang lebih kuat, daya tahan yang lebih tinggi, menyembuhkan, membuat lawan lebih mudah untuk dibunuh, menyebabkan kelajuan berjalan atau kelahuan serangan pihak musuh menurun.


Peranan karakter wira pada permainan MOBA biasanya sudah ditentukan dan tidak boleh di tukar tetapi dengan sistem talent ini pemain boleh mengubahsuainya secara sendiri sama ada anda mahu menjadi Tank atau campuran Tank dengan Dps inilah yang membuat "HotS" unik dan membuka peluang pertempuran yang berbeza dan lebih syok untuk dimain.

Selain daripada corak permainan, sistem, kemahiran karakter wira, dan peranan mempunyai idea baru dan berbeza dari MOBA biasa. Di dalam "HotS" pemain boleh bermain dalam 6 gelanggang pertarungan yang berbeza. Setiap gelanggang pertempuran mempunyai seni 3D dan keunikannya tersendiri.

Senarai Gelanggang Pertarungan dan keunikannya:

• Sky Temple - berdasarkan konsep negara Egypt yang memerlukan para pemain bertempur untuk menguasai 3 menara yang akan melepaskan peluru lazer yang kuat kepada bangunan pihak musuh.


• Blackheart's Bay - berdasarkan konsep zaman lanun yang memerlukan para pemain bertempur untuk mengumpul syiling emas yang digunakan untuk menyeru kapal lanun untuk melepaskan tembakan meriam kepada bangunan pihak musuh.


• Garden of Terror - berdasarkan konsep tumbuhan dimana malam menjelang para pemain dihendaki membunuh raksasa tumbuhan  untuk mengumpul benih yang akan digunakan untuk menyeru raksasa yang mempunyai kuasa perosak dan kemahiran yang hebat.


• Cursed Hollow - berdasarkan konsep fantasi dimana pemain dikendaki merampas objek yang bernama "Tribute" yang akan muncul secara rawak didalam gelanggang ini. Selepas pemain mengumpul 3 "Tribute" pihak musuh akan dikenakan sumpahan yang akan menyekat bangunan meriam  daripada menembak dan tentera pihak musuh akan menjadi rapuh sehingga mati didalam satu kali serangan.

• Haunted Mines - berdasarkan konsep fantasi yang memerlukan pemain memasuki lombong dan menewaskan raksasa yang muncul di dalamnya untuk mendapatkan objek bernama "Bone" yang akan digunakan untuk memperkuatkan mahluk "Golem".


• Dragon Shire - berdasarkan konsep zaman medieval dimana pemain dihendaki bertempur untuk merampas 2 tugu untuk menyeru raksasa orang naga yang mempunyai daya tahan dan serangan yang kuat.


Jadi tunggu apalagi daftarlah sekarang untuk main "Heroes of the Storm" di http://us.battle.net/heroes/en/

Penilaian Otakulah:

Jumlah Penilaian: 9/10
Grafik: 7/10
Ketagihan: 8/10
Gameplay: 8/10

Trailer Video:




Thursday, February 26, 2015

Kantai Collection - Armada Gadis Comel menyerang dunia Anime!



Kepada sesiapa yang tidak tahu apa itu "Kantai Collection" atau dikenali sebagai kata singkat "Kancolle". Kantai Collection adalah sebuah permainan video laman sesawang yang dibikin oleh syarikat "Diomédia" dimana pemain bermain sebagai laksamana yang mengatur dan mengawal sekumpulan armada kapal dimana Gadis adalah kapal yang bermodel kapal perang dan kapal selam zaman perang dunia ke-2 (macam ni pun boleh ke -_-"). Selain daripada itu pemain kenalah mengalahkan musuh yang dikenali sebagai "Abyssals"(cam kapal hantu atau raksasa la konon).

Jadi makin banyak yang kau main lebih banyak Gadis kapal yang comel dan kuat untuk digunalah haha.

Kerana game ni begitu popular jadi pihak Diomédia bersetuju untuk membikinya menjadi anime dan telah pun menjadi sebuah  anime yang feymes hehe



Ringkasan Anime: Pada suatu hari tiba tiba sekumpulan "Abyssals" muncul dari laut dan memulakan serangan ke atas muka bumi. Pada masa inilah sekumpulan Gadis Kapal muncul untuk mempertahankan dunia! (sorrylah bukan superman plak yang tolong haha.)

Jadi saksikanlah kecomelan dan kecantikan gadis kapal menyelamatkan dunia. opps! sepatutnya kehebatan dan kemuliaan gadis kapal haha. Tapi agak unik jugalah "Kancolle" ni sebab ada berbagai jenis bentuk kapal yang direka dengan campuran kapal dan gadis.

Jumlah Penilaian: 8/10
Jalan Cerita: 5/10
Kesenian: 8/10

Progres: Masih belum lengkap
Pelukis: Banyak sangat malas nak tulis haha
Pengarang: Tidak Diketahui
Mengandungi Unsur Lucah: Ya
Mengandungi Unsur: Lawak, Harem, Berlawan, Pertempuran, Perjuangan

boleh menontonya di http://kissanime.com/Anime/Kantai-Collection-KanColle

Trailer Anime:


Trailer Permainan Video:







Apa Death Note Muzikal ?



Selepas kejayaan manga bertajuk "Death Note" ini mendapat sambutan hangat pelukis Takeshi Obata dan penulis cerita Tsugumi Ohba telah membuat manganya kepada anime dan filem wayang.

Kami semua berpendapat bahawa itulah tahap maksimum yang boleh dicapai oleh sesebuah Manga. Tetapi mereka membawanya kepada satu tahap yang lebih tinggi lagi dengan memperkenalkan Death Note Muzikal" (apa yang boleh dinyanyikan ni? inilah soalan pertama yang bertanya di dalam otak)



Pelakon atau Penyanyi yang akan muncul didalam "Death Note Muzikal"

• Kenji Urai sebagai Hayato
• Kakizawa sebagai Light Yagami
• Teppei Koike sebagai Detektif L
• Fuka Yuzuki sebagai Misa Amane
• Ami Maeshima sebagai Sayu Yagami
• Megumi Hamada sebagai Rem
• Kotaro Yoshida sebagai Ryuk
• Takeshi Kaga sebagai Soichiro Yagami







Armada Kantai Collection Bergabung Armada Pizza Hut!

Standee Watak yang sebesar manusia >.< aku nak ni!

Kotak Pizza yang dipenuhi Armada Kancolle >.<


Kedai Pizza Hut yang dihiasi gadis Kancolle



 Skuter Penghantaran yang bertemakan Kancolle
Pemegang fail yang akan mencairkan hati anda bagaikan keju huhuhu

Kepopuleran Kantai Collection yang begitu hebat dan hangat telah menyebabkan syarikat "Pizza Hut" merekrut armada yang dipenuhi gadis comel untuk menghantar pizzanya kepada laksamana. Kempen ini dinamakan "Pizza Hut Hakuchi Teitoku Hokyuu Sakusen - Pizza wo Hokyuu Shite Hoshuu o Kakutokuseyo!" bermaksud ( Operasi Penghantaran Bekalan Laksamana -Mengisi Bekalan Pizza  dan Dapatkan Ganjaran!). Kempen ini akan bermula pada tarikh 23 Feb 2015 - 5 April 2015. (Biasalah mesti tidak merangkumi Malaysia cis !)

Semasa Kempen dijalankan sesiapa yang membeli Pizza yang bersaiz "Medium" akan mendapat hadiah pemegang fail dan kotak pizza yang berhiaskan Gadis Kancolle. Kepada sesiapa yang membuat pesanan dari internet akan berpeluang untuk memenangi hadiah "Standee Watak" yang sebesar saiz manusia dan juga poster yang ditandatangani.

Untuk menambah kemeriahan Kempen ini pihak Pizza Hut di Jepun Tokyo telah pun menyediakan 6 Skuter yang berhiaskan seni Kancolle. (Kenapalah kempen begini tidak terdapat di Malaysia haiz.)






Wednesday, February 25, 2015

Hatsune Miku Realistik yang dihasilkan oleh syarikat Square Enix

(Cantik tak Hatsune Miku yang bagaikan orang sebenar heh)

Kepada kipas susah mati Hatsune Miku rasanya ini adalah satu berita yang mengemparkan kerana buat kali pertamanya Hatsune Miku muncul dengan imej realistik dengan filem trailer yang dihasilkan oleh penggabungan Crypton Future Media's Vocaloid Hatsune Miku dan pereka Square Enix - Tetsuya Nomura. Filem tersebut dipamerkan di "HATSUNE MIKU EXPO 2014 berlokasi di New York bertarikh (Okt 9 - Okt 19)

Hasil Kerja yang dihasil olehnya membuat karakter miku begitu realistik dan kelihatan seperti manusia sebenar (biasalah CG yang dibuat oleh Square Enix ni memang hebat haha.)

Selepas pameran video ini di tunjukkan papan mesej di negara jepun dilandai taufan perbincangan yang begitu hebat mengatakan "Terlampau Realistik", "Kalau ia dilahirkan orang sebenar rasanya nilah rupanya", " Ia nampak seperti cosplayer". Ia juga dikatakan tema "Virtual Idol (Idol Maya)" tidak padan lagi kepada karakter tersebut.

Jadi bergembiralah kepada semua peminat dan kipas susah mati Hatsune Miku haha XD


kamu semua boleh menonton filem ini dibawah: (psst jangan lupa tontonnya di versi HD )

                                    

Marilah Kenali Cosplayer: Angie



Marilah kenali cosplayer negara kita sendiri yang begitu comel dan menawan hati. Beliau berasal dari negara Malaysia yang suka  mengambil bahagian dalam acara cosplay yang bertempat di negara Asia seperti Indonesia, Singapura, Malaysia, Taiwan dan ah tak dapat ingat banyak sangat carilah sendiri kalau nak tahu haha. Kamu boleh bertemunya pada acara cosplay yang besar dan feymes seperti Comic Fiesta, Animagaki, Cosmart. (Saya pernah bertemunya beberapa kali di acara tersebut, seperti di dalam gambar Angie memang sangat comel.)

Beliau sangat serius dan mengambil berat tentang costumenya sebab itu kesemua costumenya dijahit sendiri dan tidak dibeli dari kedai secara terus. Beliau juga sangat kreatif dalam mereka bentuk dan mencipta kostume yang berlainan temanya yang tidak pernah  muncul atau dilihat dalam sebarang komik atau anime. contohnya costume diatas yang berasal dari anime "Love Live!" tetapi Angie mereka cipta costume yang bertemakan Hari Raya Cina dengan mengunakan idea dan skill menjahit.(huh hebat dan berbakat kan cosplayer kite ni hehe)


Nama: Angie
Negara: Malaysia
Umur: Tidak Diketahui
Kedudukan Dunia: 267 (berdasarkan https://worldcosplay.net/ )
Tinggi: 160cm
Tarikh Lahir: 11/12
Hobi: Cosplay, Melukis, Menjahit, Membaca komik manga atau novel, Membatu/Tidur
Menyukai: benda comel, coklat, artbook/komik manga

Laman Webnya
https://www.facebook.com/Angie7099
http://en.worldcosplay.net/member/3438/
http://otakumode.com/51274feed045d3e74a000024
http://angie00.blog.fc2.com/
http://angie0-0.deviantart.com/
http://angie00.blog.fc2.com/      (huh banyak betul linknya biasalah dah feymes ni haha)






Anime: Gekkan Shoujo Nozaki-kun



Nama Anime: Gekkan Shoujo Nozaki-Kun

Ringkasan Anime:

beberapa hari yang lepas saya baru menghabiskan anime ini dan berasa puas hati terhadapnya.

anime ini mengisahkan hidup seorang pelukis komik yang masih berada di zaman persekolahanya. Ia juga menceritakan seorang gadis bernama "Sakura" yang mencintai watak utama yang bernama "Nozaki" tetapi selalu disalah faham oleh "Nozaki" yang menganggapnya sebagai kipas susah mati komik yang dilukisnya.  Di samping itu ia juga menceritakan apa yang perlu dibuat untuk menerbitkan sebuah komik seperti mencari ilham, melukis, mewarnakan, mencipta watak dan sebagainya.

saya mengesyorkan anime ini kerana ia mengandungi banyak babak yang melucukan, cerita yang mempunyai idea baru dan memberi penonton jalan cerita yang unik dan menarik.

Adakah "Sakura" dapat meluahkan perasaan cintanya kepada "Nozaki"
hohoho itu kenalah ditonton oleh kamu sendiri untuk mendapat tahu. Selamat menonton atau membaca. =)

Jumlah Penilaian: 8/10
Jalan Cerita: 8/10
Kesenian: 5/10

Progres: Musim Pertama Lengkap, 
Pelukis: Tsubaki Izumi
Pengarang: Tsubaki Izumi
Mengandungi Unsur Lucah: Tiada
Mengandungi Unsur: Lawak, Cinta, Keremajaan, Persekolahan