Wednesday, February 25, 2015

Hatsune Miku Realistik yang dihasilkan oleh syarikat Square Enix

(Cantik tak Hatsune Miku yang bagaikan orang sebenar heh)

Kepada kipas susah mati Hatsune Miku rasanya ini adalah satu berita yang mengemparkan kerana buat kali pertamanya Hatsune Miku muncul dengan imej realistik dengan filem trailer yang dihasilkan oleh penggabungan Crypton Future Media's Vocaloid Hatsune Miku dan pereka Square Enix - Tetsuya Nomura. Filem tersebut dipamerkan di "HATSUNE MIKU EXPO 2014 berlokasi di New York bertarikh (Okt 9 - Okt 19)

Hasil Kerja yang dihasil olehnya membuat karakter miku begitu realistik dan kelihatan seperti manusia sebenar (biasalah CG yang dibuat oleh Square Enix ni memang hebat haha.)

Selepas pameran video ini di tunjukkan papan mesej di negara jepun dilandai taufan perbincangan yang begitu hebat mengatakan "Terlampau Realistik", "Kalau ia dilahirkan orang sebenar rasanya nilah rupanya", " Ia nampak seperti cosplayer". Ia juga dikatakan tema "Virtual Idol (Idol Maya)" tidak padan lagi kepada karakter tersebut.

Jadi bergembiralah kepada semua peminat dan kipas susah mati Hatsune Miku haha XD


kamu semua boleh menonton filem ini dibawah: (psst jangan lupa tontonnya di versi HD )