Tuesday, March 3, 2015

Gergasi Titan menyerang Taman Tema Universal Studios di Jepun

Gergasi titan kini bukan sahaja menyerang tembok Maria, Rose dan Sina. Malah taman tema yang berada di Universal Studios jepun juga diserang.

kini pelawat bolehlah menyaksikan ketinggian raksasa titan "Eren" yang setinggi 15 meter yang bertarung dengan raksasa titan "Female" yang setinggi 14 meter. (amacam cun tak patung titan ni ^^)

Pertempuran patung titan yang hangat!

Babak menyedihkan Eren dimana maknya dimakan. (Alamak lari nanti dimakannya pula)


Patung settingi manusia sebenar ini dibuat dengan begitu rapi dan benar huh !


Selepas penat melihat titan pelawat-pelawat boleh berehat dan makan makanan yang dijual bertemakan "Attack on Titan". Bekalan set makanan yang dibeli mengandungi daging bacon, roti berperisa teh hitam, kentang  dan sup.Selain dari set makanan anda juga boleh membeli Mousse (sejenis kek) berperisa teh hitam dan pisau yang menyerupai senjata yang dipakai untun menentang titan.


Filem Trailer untuk taman tema attack on titan: