Sunday, March 1, 2015

[Big Hero 6] Wira Vinyl Gemuk o.O?


Kartun "Big Hero 6" ini menceritakan seorang budak genius berumur 14 tahun yang sangat handal dalam justeru robotik yang bernama "Hiro Yamada" dan sebuah robot yang dicipta oleh abangnya bertujuan untuk menjadi penjaga kesihatan yang bernama "Baymax".

Selepas berlaku peristiwa yang menyedihkan Hiro Yamada menjadi murung dan pada masa inilah Baymax muncul dan membantu Hiro untuk menangani kemurungannya.

Pada masa yang sama "Hiro Yamada" juga mengubahsuaikan "Baymax" menjadi robot pencegahan jenayah yang dilengkapi senjata-senjata dan perisai yang hebat. "Hiro Yamada" juga mengumpulkan beberapa teman abang universitinya untuk menubuhkan kumpulan pencegahan jenayah yang bertujuan untuk menandingi musuh yang kuat.

kartun ini selain dari babak lucu. ia juga menekankan rasa terharu, persahabatan, dan kepentingan ahli keluarga. dan sememangnya sebuah filem kartun yang mesti ditontonkan. Sekiranya anda berpendapat filem kartun ini adalah sama seperti kartun "Disney" yang penuh dengan nyanyian, cinta maaflah tetapi pendapat kamu adalah salah. Sebaliknya kartun ini dipenuhi aksi berlawan, wira berlawan musuh dan alat-alat zaman moden seperti robot, pisau lazer, portal.

Jumlah Penilaian: 9/10
Jalan Cerita: 8/10
Kesenian: 8/10
Grafik: 8/10

boleh menontonnya di: http://kisscartoon.me/Cartoon/Big-Hero-6/Movie-1080p?id=42089

Trailer Filem: